Gambar-gambar ni dah lama diambil sewaktu arwah suami saya ada lagi (disaat-saat akhir beliau). Kami pergi mengerjakan umrah selama 10hari. Berlepas dari KLIA Kuala Lumpur dan tiba di Jeddah International Airport. Perjalanan selama 8 jam benar-benar menguji ketabahan arwah. Dengan keadaan tempat duduk yang kurang selesa arwah cuba bertahan selama 8 jam di atas flight. Saya amat bersimpati dengan arwah ketika itu dan mengajak arwah berbaring di atas pangkuan saya agar selesa. Saya? cukuplah kalau dapat duduk, saya sihat, saya masih mampu bertahan. Namun saya amat kagum dengan semangat arwah yang begitu sabar dan tabah walaupun menanggung kesakitan tapi arwah cuba menyembunyikannya daripada saya. Arwah benar-benar berhajat untuk sampai ke sana (Mekah) untuk mengerjakan umrah - itulah manat terakhir arwah yang berjaya saya tunaikan. Inilah pemangkin saya sehingga ke hari ini. Walaupun saya sedih dengan pemergian arwah tetapi saya amat berpuas hati dan tidak terkilan kerana berjaya menunaikan hajatnya yang terakhir. Itu amat bermakna bagi saya....
Hi Ana. How's life. Aku x sangka aku ada kawan tabah cam ko. Aku bangga. Actually semlm aku dok buat clean up sms kat hp bila tetiba aku baca sms adelin bgtau suami Ana meninggal. Dah lama msg tu aku dapat cuma mlm ni bebetul aku ada masa nak buka fp ko ni utk pengesahan. Apapon aku doa ko dan Adam sentiasa dilindungi Allah.
lama dah i tak melawat u anna and adam..nampak banyak gambar adam selalu jugak u update, kena browse thru sumer satu persatu..wahh adam dah nak masuk 3, and dah masuk nursery yerkk..adam really tembam skang ek anna..hehe..good hope his feeling okies..how are doing??