Want your
own Fotopage?











 
My Lovely Mikhail Adam

By: mikhail adam

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  1  2  [3]  4  5  >  >>]    [Archive]
Tuesday, 27-Feb-2007 04:05 Email | Share | | Bookmark
Tukar Department...

kami sekeluarga..hehe
meja 1-first bos
meja 2-second bos
View all 5 photos...
Hishhh...hishhh....Mama ditukarkan ke Department baru. Sedih...sebab baru setahun bersama-sama dengan Department yang lama....actually ni pertukaran kali ke-2. Mama actually sayang sangat dengan Department lama..sebab dari bos-bos samai la rakan-rakan, sumenya baik-baik, understanding dan murah hati. Especially time ayah sakit tempohari, bos tak abis-abis tanya condition ayah caner. Termasuklah kawan-kawan....sampai sume dah faham bila Mama selalu amik cuti or Emergency Leave. Maklumlah masa tu, Mama terkejar sana sini, Rumah-Adam-Opis-Hospital. Sampai nenek berulang-alik JB-KL setiap bulan untuk jaga Adam kat rumah sepanjang Mama temankan ayah di hospital. Alhamdulillah...masa tu sekejap jek berlalu..rasa macam baru semalam ditempuh.

Namun mama akur dengan segala yang terjadi. (cewahhh...macam nak pindah keje jek...padahal opis jekkk...hehehe) Mungkin dengan penghijrahan ini akan membawa rezeki yang lebih kepada keluarga kami kerana setiap penghijrahan itu ada hikmahnya....

Dari kiri:Jaja,Dila,Dr.Widad,Prof.Abtar,Maisarah,Julie,Kenneth,mama,Chai,Nad,Rames,Ati,Ita & Syahrul


Actually gambar ni masa meraikan birthday kami beramai-ramai di Tupai-tupai. Farewell party belum lagi...6 orang yang kena transfer.....

ana ko kena tagged dgn aku
saje suka2
go to my fp for details
Wed 28-Feb-2007 00:03
Posted by:Adelin  - [Link]
hi anna! thx 4 dropping by my fp ,bestnye jumpe anna balik.. comel n geram kat anak anna nih! anna u r so strong,InsyaAllah, diberkatiNya.
sorry la, tagged ni tkene dek sbb aku tkene tagged..pening.
Wed 28-Feb-2007 12:09
Posted by:huzadia  - [Link]
Add comment


Monday, 26-Feb-2007 01:03 Email | Share | | Bookmark
Genting:15-16 Feb 2007

baru sampai Genting skyway
with ayah
dari dalam kabel car kami
View all 31 photos...
Sebelum Raya Cina tempohari kami telah pergi bercuti ke Genting Highlands jek. HEhehehe.. Sebenarnya 17 Feb tu, bufday Adam yang ke 2 tahun. Saja celebrate konon...tapi Adam bukan tau apa-apapun...yang seronoknya mama n ayah dia ler. Kami mengambil cuti selama 2 hari. Malas nak pergi weekend or Raya Cina sebab orang ramai..kang menunggu lama plak nak main sume benda-benda tu. Kami bertolak awal ...kemudian park kete kat skyway tu, then naik kabel car. Kami memang suka naik kabel car...especially Adam. Mama gayat jugak tapi tawakkal jek banyak2 dalam hati. Paling tak takut ayah ler...siap cite pasal mati plak kat dalam kabel car tu..Hishhhh!

Lepas check-in di First Wold Hotel tu kami turun main Outdoor Theme Park. Tak banyak yang mama dan ayah dapat naik...i.e:Cork screw n Solero sebab Adam nak letak mana? Jadinya kami naik la apa yang Adam boleh naik sama. Contohnya naik gajah n naik cawan. Pastu mama tinggal jap Adam dengan ayah sebab mama nak ke toilet. Kuar-kuar toilet tengok diorang baru kuar dari rumah hantu. Cessss...masuk tak tunggu mama.....mama nak masuk sesorang...??? takde lerrr....walaupun tak menakutkan....tapi takut jugak la...hehehehehe

Mama plak buat hal plak kat sini. Mungkin altitude tinggi dan sejuk kot. Banyak kali nak collapse/pitam. Baru nak jalan sket...dah rasa tak boleh bernafas, sampai ingat ajal dah nak sampai ler. Tak tau nape....sebelum ni, dah 2 kali pegi, tapi takde plak rasa camtu. Maybe mama dah tak sesihat dulu kot. Bila tiba malam, degupan jantung ni macam orang berlari, padahal tengah duduk tengok tv. Last-last, malam tu kami takde apa-apa aktiviti melainkan duduk sesaja dalam bilik sampai pagi. Pagi, bangun awal-awal..pack everything..then going back to Kajang. Sebab tak tahan kekurangan oksigen kat Genting ni...hehehe Entahla......

Anyway, we have a lot of fun there. Nak kata nak pegi lagi tu....tak tau la since I've a bad experience. Terus melupakan niat nak ke overseas sebab takut daya keupayaan dah sekuat mana. Huhh....Sesakit-sakit ayah...tapi dia takde apa-apa pun masa kat sana, steady jerrr....tengok-tengok mama yang sihat ni plak yang buat hal. Itulah kuasa Tuhan.





























Hepi belated befday adam Mon 26-Feb-2007 03:17
Posted by:Krew biz4net  - [Link]
Epi belated birthday Adam,,,
Syoknye mama dgn ayah bawak genting celebrate!!!
Semoga dipanjangkan umur, diberikan kesihatan dan dimurahkan rezeki ye adam sayang!!
Mon 26-Feb-2007 13:18
Posted by:Adelin
Add comment


Thursday, 22-Feb-2007 03:30 Email | Share | | Bookmark
lama tak update...

look at me......
ngan mama
ngan ayah
View all 6 photos...
Hai kawan-kawan.....lamaaaa sungguh mama tak update fp Adam ni kan. Sumenya gara2 bz....baru ni ada kesempatan nak upload gambar baru. Last 6 months bz ulang alik Rumah-Hospital-Opis. Rumah=Adam, Hospital=Ayah & Opis=Cari rezeki. Lastly, ayah berjaya menghabiskan 5/6 kemoterapinya. Yang last tu dia tak nak buat dah sebab tak larat katanya. Alhamdulillah..sekarang ayah sudah sebulan kembali bekerja....terima kasih untuk doa dan kata2 semangat dari semua kawan-kawan.

Next entry mama akan uploadkan gambar terbaru kami semasa di Genting Highlands cuti Hari Raya Cina tempohari. Satu cuti yang panjang dan meletihkan sebab kami ke Genting selama 2 hari kemudian Port Dickson dan Jengka. Kemudiannya letih banget! Adam pulak lidah pecah2 mungkin disebabkan perubahan cuaca. Dah 3 hari dia tak minum susu. Asal nak susu, mama bagi...dia tak dapat nak hisap botol tu...sakit kot...dah bagi tru straw pun tak banyak minum gak. Yang peliknya...bila minum teh ais or air kotak milo...laju la pulak...takde komplen sakit pun. Hehe..ni fakta ke outa?

*mama nak try create gambar2 adam guna adobe photoshop...tapi tak tau caner nak dapatkan software tu...any idea kawan-kawan kat sana??


nak tengok tak Adam buat peace caner? nilah dia...peace version Mikhail Adam...hehe



syukur la ayah adam dah ok. harap2 sembuh sepenuhnya...ana, taiiba buat pe sekarang?? lama tak dgr cerita dia...
Sat 24-Feb-2007 07:41
Posted by:mama kimi
chot:tula...berkat doa kekawan jugak. Ibah sekarang keje kat Ranhill, Nilai. Mon 26-Feb-2007 00:34
Posted by:anna rohanamahmood@oum.edu.my
menarik.. rajin2 la update yer ...

"Capturing the moments and blooming of colours"
:: http://www.hasnizamphotography.com ::

and the other story
tribute to GEBU a.k.a ABU (NOV2005-FEB2007) 1240am 26.02.2007
http://photographerz.fotopages.com/?entry=1088735
Mon 26-Feb-2007 15:59
Posted by:~j.e.j.a.k.a~FM4555~  - [Link]
View all 9 comments Add comment


Friday, 3-Nov-2006 06:17 Email | Share | | Bookmark
Raya ke 3

Adam n ayah
Adam sesorang
HEnsem tak saya?
View all 6 photos...
Raya tahun ini kami tak dapat nak beraya banyak-banyak tempat sebab ayah tak sihat takut kena infection. Jadinya kami dok jek la kat umah. Mama tengok muka Adam, Adam tengok muka ayah, ayah tengok muka mama.

Adam banyak gak dapat duit raya tahun ni walaupun tak berjalan umah orang. Tapi, dia kan kecik lagik, so bila dapat 'angpau' tu dia tak tau la apa bendanya tu. PAstu plak mama terus jek.."mama mintak bleh...?" sebab kalau dibiarkan dia pegang nanti hilang. Dia pun terus bagi jek, tak kisah pun duit tu. Tapi mama tetap jaga amanah tu, masukkan dalam Amanah Saham Didik Adam. Untuk masa depan......InsyaAllah.......

Tahun ni kami tak terfikir untuk buat open house sebab masa dan keadaan tak mengizinkan. Tapi, tak tahu juga kalau-kalau last minute punye decision. Sebab kawan-kawan pun lama dah tak contact dah......kalau buat open house, dapat gak mengeratkan silaturrahim kawan-kawan yang dah lama tak contact kan.... Nanti...kena fikirkan perkara ni.....hehe

Untuk semua kekawan, kami sekeluarga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya...Maaf Zahir & Batin....kalau ada ketelanjuran kata terkasar bahasa. Terima kasih juga diatas sokongan anda semua untuk kata-kata semangat yang diberikan kepada kami untuk menghadapi dugaan Allah ini. TErima kasih........




Assalamualaikum.. hi ana, ingat tak, ni peyja ni. Besar dah anak Ana kan? Bila rambut mcm tuh nampak montel nya!
I didn't know about your hubby. I hope everything will turn out alright.
Take care.
Tue 26-Dec-2006 07:38
Posted by:Peyja budu faiza1010@yahoo.co.uk  - [Link]
Assalamualaikum Anna..
Apa kabar? Shahir mcm mana? Dah okay ke? Hopefully Shahir dah semakin sembuh yea...lama x update fp anna, nak tau jugak pasal Shahir n Adam ...
Anna, wawa nak jemput ke Bday Bash Iman Mikhail 28th Jan nie...jemput dtg yea..nak email anna skali, nak antar invitation...dtg yea...boleh sembang panjang nanti
Mon 15-Jan-2007 10:08
Posted by:Mummy Iman/wawa  - [Link]
hi anna!!k.haiza ni..ingat lagi??? sorry to hear abt yr hubby.. hopefully dia cepat sembuh & sama2 besarkan adam ngan anna.. Insya allah.. Wed 31-Jan-2007 10:20
Posted by:*Lana Zahra's mom*  - [Link]
View all 12 comments Add comment


Wednesday, 1-Nov-2006 08:09 Email | Share | | Bookmark
Selamat Hari Raya!!!

ayah amik adam...
tengah pakai kasut..
babai mama....
View all 5 photos...
Theme colour kami tahun ni hijau lumut. Sayangnya mama terlupa nak amik gambar kami bertiga di pagi raya... Mana taknya, pepagi tu Adam dah bikin ributtt. Dia dok berlari sana sini, main paip air kat dalam surau waktu org sibuk semayang sunat raya. Adusss.....pening mama nak berkejar dengan Adam ni. Malam raya jek dia dah sibuk collect duit raya dok ikut orang gi takbir dari rumah ke rumah. Emmmmm......Tahun ni tak balik JB pun.....ayah tak larat.

salam syawal Wed 1-Nov-2006 08:51
Posted by:Ouled Kenitra  - [Link]
alooooooooooooo....
bubuh ler gambo hari raya, baju raya, duit raya, kueh raya, bunga raya, jalan raya, kaya raya dan hantu raya bebanyak...
mine versi UK dah upload
Wed 1-Nov-2006 16:43
Posted by:mummy hamim2  - [Link]
Add comment


Wednesday, 6-Sep-2006 20:02 Email | Share | | Bookmark
Anniversary ke-3

Ayah nak potong kek Anniversary
Kek cekelat tapi tak der strawberry sebab kak siti dah amik
Ayahku yang botak dah....
View all 4 photos...
Hari ni, ayah ngan mama sambut Aniversary yang ke-3.... tapi, kat sepital jerk....

Adam tak dapat nak celebrate sekali sebab ayah under chemo ke-3... banyak radiation dan bahaya untuk adam.

Errrmmm.... semoga jodoh mama, ayah, adam dan sumer family berkekalan ok?...

Adam stay rumah "Acik" jer hari ni....


ana...tabahkan hati yek...nampak mcm shahir is doing well so far..alhamdulillah...me n family will always pray for shahir, ana and adam...SELAMAT HARI RAYA..bile2 free singgah la rumah aku kat bangi..seksyen 8... Sun 22-Oct-2006 18:09
Posted by:nanie  - [Link]
re: jemput le dtg umah yek... no. 202 jalan 8/5, seksyen 8...depan pkns jek...kalau susah...nnt sampai kat pkns ko call je aku..ni no phone aku 012-2459425..datang jgn tak datang..10x Mon 30-Oct-2006 06:41
Posted by:nanie  - [Link]
ana...tumpang simpati ...tabahkan hati menempuhi semua dugaan ni....InsyaAllah...things will be better soon...kim salam kat shahir... Thu 2-Nov-2006 09:05
Posted by:Mummy Qistina @Maizan maizan79@streamyx.com  - [Link]
View all 5 comments Add comment


Wednesday, 28-Jun-2006 02:44 Email | Share | | Bookmark
Kian - Mawi

 
 

Kian jauh
Kian hilang
Kasih antara kita

Nampak tenang
Pada zahirnya
Tapi batin terseksa

Yang terguris tak nampak dimata
Yang terhiris terluka
Sesekali terbit air mata
Tahan sebak didada

Ke manakah..nak dibawa
Resah kian melanda

Di manakah
Hendak ku khabar
Pilu di dalam dada

Bila kasih di hujungnya nyawa
Rasa ingin dimanja
Perasaan pun kian tersentuh
Bila rindu ini berlabuh

Apakah yang dikejar dalam hidupmu
Berkali ku kata padamu
Kita singgah di dunia yang sementara
Penuh tipu daya

Yang kekal
Disana
Biarlah..kita bersama

Usahlah
Hanyut terus terlena
Kerana dunia.........


assalamualaikum?? kirim2kan khabar berita utk kami... apa khabar ko sefamily Sat 9-Sep-2006 21:42
Posted by:mummy hamim2  - [Link]
Add comment


Friday, 23-Jun-2006 07:13 Email | Share | | Bookmark
Ayah di Wad HKL

Ayah semasa di HKL
Ayah semasa di Damansara Specialist Hospital
Ayah nak check out..
Ayah sekarang ditempatkan di Wad 19, Tingkat 4 Hospital Kuala Lumpur. Wad ini dikhaskan untuk pesakit-pesakit kanser sahaja. Saya tidak berkesempatan untuk melawat ayah kerana saya tidak dibenarkan masuk, mungkin kerana saya masih terlalu kecil.

Ayah telahpun menjalani Bone Marrow Test semalam, ayah kata sakittt sangat. Kesian ayah...........Katanya melalui ujian itu, doktor boleh mengesan tahap kanser tersebut beserta dos ubat kemo yang perlu untuk ayah. Hari ini, ayah telah menerima kemonya yang pertama. Ubat kemo yang ringan/sedikit dosnya sebagai permulaan. Ada terdapat ketumbuhan dibawah tangan ayah, juga dileher dan yang paling teruk, di paru-parunya. sebelah paru-parunya telahpun ditumbuhi tumor tersebut sebanyak 95%. Saya hanya mampu berdoa agar ayah dapat sembuh seperti sediakala....pulang ke rumah dan bermain-main dengan saya dengan gembira seperti kawan-kawan saya yang lain bersama ayah mereka. Itulah impian saya, saya mahukan kehidupan gembira kami seperti dulu semulaaaa....

Anna, terkejut dgr berita nie...Harap Anna bersabar byk2 dgn dugaan nie...Kesian Adam, mesti dia rindu kat ayah dia kan...kami doakan agar ayah adam akan sembuh cepat...

p/s: Anna duk kajang yea? wawa dah pindah ke Bangi seksyen 8 depan Billion, maybe boleh lah kita jumpa nanti yea
Tue 4-Jul-2006 04:21
Posted by:Mummy Iman/wawa  - [Link]
bersabarlah dgn dugaan yg tiba, allah takkan menguji hambanya sekiranya hambanya itu tak terdaya, ujian ini adalah untuk hambanya dekat padanya, berserah padanya, tawakkal padanya, sesungguhnya ia pencipta dan penentu segalanya..... bersabar ye ana... Fri 21-Jul-2006 02:15
Posted by:mummy hamim2  - [Link]
assalamualaikum..
ana..aku terkejut gak dengar berita ni..
semoga ko dapat tabahkan hati dengan ujian allah ni..
aku doakan semoga hubby ko cepat sembuh..
sabar yer ana..
Tue 26-Dec-2006 09:21
Posted by:mazliyanee alyne_qistina@yahoo.com
View all 6 comments Add comment


Wednesday, 21-Jun-2006 07:30 Email | Share | | Bookmark
Ayah sakit...

Adalah dimaklumkan bahwa ayah saya telah menghidapi lymphoma iaitu sejenis kanser kalenjar. Ayah bakal menjalani kemoterapinya tidak lama lagi. Satu berita sedih yang menimpa family saya................

semoga cepat sembuh
JOM tgk filem Mr Saiful Nang and K long....
http://hamimbazilah.fotopages.com
Thu 22-Jun-2006 01:16
Posted by:mummy hamim2  - [Link]
anna, betul ke? kesiannya...hopefully ayah adam cepat sembuh
Fri 23-Jun-2006 03:37
Posted by:mama kimi
Add comment


Wednesday, 7-Jun-2006 03:15 Email | Share | | Bookmark
setelah sekian lama.....

ehem.....
hai.....
saya ler ni...
View all 5 photos...
EMmmmmm....lama sungguh mama tak update saya nyer FP ni. Mama bz kot. Sian mama... Kali ni barulah mama bernafas sikit. Tutor payment dah siap, daripada bertimbun yang datang, sekarang dah clear dah. Upload material untuk student intake May 2006 pun dah settle. Sekarang kembali free....dommm..YEahhh!! Ni kalau bos mama baca nih, habislah mama...."oOO...takde keje ekkk?? " hehe....................
Oklah.....seperti yang dijanjikan, nak upload gambar masa gi Singapore dulu......tapi sikit jek sebabnya kami tak pergi melawat mana-mana tempat pun selain umah sedara yang kawin tu jek..... Anyway, enjoy the pics...
Waktu tu panas sesangat....tak best.....pun. Saya pun rancak nak berjalan ke hulu ke hilir...penat mama mengejar....ehe...al-maklumlah...baru dapat kaki ni, active sketlah mama....

Selama ni asyik belek2 kawan-kawan punye FP jek..sendiri punye lama dah terbengkalai. Terasa malas pun ada. Tapi kali ni digagahkan jugak sebab kesian tengok Adam...banyak amik gambar tapi jarang diupload. Tengok FP kawan-kawan lain sumenya up to date....

FP WARMING.........sila le lawat2
http://kaiyisahanati.fotopages.com/
Fri 9-Jun-2006 12:15
Posted by:Cik ty and amai  - [Link]
Add comment


[<<  <  1  2  [3]  4  5  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.