Want your
own Fotopage?











 
My Lovely Mikhail Adam

By: mikhail adam

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  1  [2]  3  4  5  >  >>]    [Archive]
Monday, 3-Sep-2007 01:17 Email | Share | | Bookmark
Happy Birthday to Me.....

Hari ini birthday saya yang ke 28 tahun. Bukan nak mintak sesapa wish saya kat sini cuma tetiba saya teringat yang arwah suami ada beri perfume awal tahun ni, sambil dia kata "Anggaplah perfume ni hadiah birthday awak....saya bagi awal sebab takut saya tak sempat nak beri bulan 9 time birthday awak nanti..." Itulah kata-kata yang tergiang2 di telinga saya yang baru saya teringat pagi ini. Kalau dulu seperti biasa tepat jam 12 malam, arwah akan wish, tapi tahun ini, saya tetap menanti sesuatu yang sememangnya tak akan terjadi....Dah pergi kerja barulah saya menerima sms drp teman-teman rapat. Tapi sms dan ucapan yang saya 'nanti'2 kan...tak ada juga...saya mula percaya yang saya takkan terima sms dan ucapan itu lagi buat selama-lamanya.....Dan tiba2 saya teringat hadiah, barulah saya tersedar hal ini. Rupa-rupanya apa yang dicakapkannya awal tahun lalu dah menjadi kenyataan, malangnya perfume tu dah abis pun. Yang tinggal botolnya aje. Apapun, itulah perfume pertama dan terakhir pemberian arwah kepada saya. Arwah jugak pernah beritahu saya untuk siapkan urusan umrah kami seawal yang boleh, kalau boleh sebelum bulan 8, dia cakap takut dia tak sempat sampai ke bulan 8 tu.Sekali lagi saya ingat arwah melawak aje, tapi itulah......hanya dia saja yang mengetahui apa yang akan berlaku pada dirinya.

Sekarang saya terpaksa akur dengan ketentuan Illahi dan percaya bahawa sesungguhnya mulai hari ini dan 3 September seterusnya, saya tidak akan menerima sebarang ucapan, kad, hadiah dan sms dari suami saya lagi.........

anna, salam ramadhan, peluk cium untuk adam ..juga happy belated birthday utk anna. moga dipermudahkan segala urusan,InsyaAllah.. Fri 14-Sep-2007 17:17
Posted by:huzadia  - [Link]
happy belated birthday anna..sayu baca entry anna..stay strong ok kisses so much for lil adam. Eid Mubarak buat Anna and family. May u have a pleasant and wonderful Eid-Ul-Fitri. Wed 10-Oct-2007 08:55
Posted by:zie  - [Link]
salam takziah dan hepi besday tuk kak ana...maaf sbb lmbat ucap, sebak rase bile bace entry kak ana..moge kak ana lebih tabah mgharungi liku2 hidup mesti dteruskan..moge arwah dtempatkan bersama org2 yg beriman.. Sun 11-Nov-2007 02:50
Posted by:sue_salmy scarcinta@yahoo.com
View all 6 comments Add comment


Monday, 20-Aug-2007 02:40 Email | Share | | Bookmark
Al-Fatihah......

 
Marilah sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah suami saya Muhamad Shahir b Md Ridzuan yang telah kembali ke Rahmatullah pada 5 Ogos 2007 bersamaan 21 Rejab 1428.Al-Fatihah.....................



Beliau meninggal dunia 6 hari sekembalinya daripada mengerjakan ibadah umrah ( 21 July-31 July 2007). Saya redha dengan pemergian arwah kerana hajat arwah untuk ke sana berjaya saya makbulkan dan arwah berjaya melakukan ibadah tersebut dengan sempurna sebanyak 2 kali.Alhamdulillah...

Semoga rohnya dicucuri rahmat. Kepada kawan-kawan, doakan saya dan Adam agar dapat mengharungi perjalanan kami seterusnya ini dengan tabah dan cekal serta dapat memulakan penghidupan yang baru. Walaupun hati ini begitu seksa dan perit untuk diterima, namun saya redha dengan ketentuan Illahi. Hanya satu yang saya pegang. DaripadaNya kita datang dan kepadaNya jua kita kembali...............


Kenangan semasa di kilang membuat Al-Quran di Madinah.

Innalillah..Takziah dr kami sekeluarga buat ana dan adam..terkejut bila saya baca fotopages nie, tentang pemergian suamin tercinta..banyakkan bersabar,insyaALLAH beliau berada di kalangan org2 beriman..sabar dan tabah ana Thu 30-Aug-2007 08:55
Posted by:Zie  - [Link]
Kepada semua teman-teman....dan juga buat zie

Terima kasih atas ucapan semua, saya amat menghargainya dan rasa terharu. Semoga semua dapat mendoakan saya dan Adam dapat menjalani kehidupan ini dengan tabah dan penuh ketengan. Amin...
Mon 3-Sep-2007 06:01
Posted by:anna
anna, mmg sebak baca citer anna..tapi berat mata memandang berat lagi bahu yg ana dan adam pikul...Alhamdulillah, hajat arwah nak tunaikan umrah termakbul...
Takziah sekali lagi dari kami sekeluarga...
kami doakan agar ana terus tabah dan kuat...dan moga2 cepat dpt keja di JB...
Tue 4-Sep-2007 08:54
Posted by:wawa@Mummy Iman  - [Link]
View all 15 comments Add comment


Friday, 6-Jul-2007 09:04 Email | Share | | Bookmark
Gambar baru Adam...

 
 
 
View all 4 photos...
Quote:
Seperti yang saya janjikan, saya akan uploadkan gambar baru Adam. Adam demam dah 2 hari tapi beransur pulih. Gambar ni semua di ambil sewaktu dia demam tu, tapi masih mampu tersenyum...






Quote:
Ini pula ayah. sekarang ayah semakin kurus. Komlikasi dari kemoterapi dahulu, ayah kini kena ulser perut, sakit kepala, kaki kirinya susah digerakkan, kepala kiri tidak dapat dipusingkan dan tulang pinggulnya sakit.





Ana, salam takziah dan simpati drpd kami sekeluarga. Hope you'll be a stronger person. I know you are...Take care. Sun 12-Aug-2007 06:00
Posted by:Mama Rizq  - [Link]
ana, salam takziah drpd aku...aku tau sgt2 apa yg kau rasakan skrg ni sbb aku dh laluinya 8 bln lalu....perit mmg perit tapi allah telah pilih kita sbg hambanya utk diberi ujian yg sedemikian rupa.buat masa skrg, ko kena kuat mental dan fizikal..adam perlukan ko sgt2 pada waktu skrg ni....byk2kan istigfar, ia byk membantu kita ana...percayalah...apa2 hal call aku 017-3295205...aku sedia membantu berkaitan epf,socso dn yg berkaitan dgn arwah....al fatihah utk arwah...... Wed 15-Aug-2007 05:14
Posted by:syikin hamid
kawan-kawan.....terima kasih banyak2 atas ucapan takziah semua. saya amat terharu dengan keperihatinan semua. Saya redha dengan pemergian arwah....dan mungkin inilah yang terbaik untuk arwah kerana telah lama arwah menanggung derita. doakan semoga saya tabah menghadapi hari mendatang (sebenarnya tak tabah pun..nangis aje.... ) Mon 20-Aug-2007 06:15
Posted by:unnamed
View all 15 comments Add comment


Friday, 6-Jul-2007 02:09 Email | Share | | Bookmark
Adam Demam

 
 
 





Quote:
Adam demam semalam (5 July 2007). Saya tak bekerja untuk menjaganya di rumah. hishh..tadi dah tulis, tapi hilang begitu saja. Geram n malas nak tulis dah. ..

ala sedih nengok.... cian nyer Adam.... get well soon.... last nite pun Ada cam panas badan jugak coz dia kena sengat lebah a nite b4 2... mommy tgh cuci botol susu dia..denga dia ckp nyamuk... lalat..... ropenye dia p pegang dende bernyawa tuh.... meraung lar dia kat c2... trus ayah dia sapu oinment oil... Fri 6-Jul-2007 09:48
Posted by:Wahida aka mommyada  - [Link]
Add comment


Wednesday, 27-Jun-2007 07:23 Email | Share | | Bookmark
Adam's World

 


Quote:
Baru cuba-cuba dan belaja-belaja edit gambar Adam. Harini memang betul-betul boring, so curik-curik masa edit gambar ni. Walaupun sibuk saya sempat curik masa untuk buat ni. Maklumlah baru belaja jadinya, ini kira praktikal bagi saya. Untuk memahirkan diri, kena buat selalu. Kalau buat selalu tak buat keje la saya kat opis ni nampaknya. Maklumlah kat opis jek ada intenet, rumah takde.

alhamdulillah ana dpt ko g umrah... aku doakan ko selamat... adam camner??? Thu 28-Jun-2007 09:56
Posted by:Wahida aka mommyada  - [Link]
Kak Nury: InsyaAllah....time weekend kalau takde apa-apa Anna dtg. Dah lama tak jumpa...rindu sgt2. Rumah mertua Anna pun kat Cheras jugak. ..hehe. Senang2 dtg la umah Anna ye. ni phone no Anna 012-313 6479.
NAnie: Adam suka makan nasik. Dia mesti mintak.."mama, nak nasik.." dahtu tak reti berenti makan...susu pun minum jugak..
Wahida: Alhamdulillah....rezeki ada tambahan hubby aku dah melarat sakitnya, sebelum apa-apa dia nak sangat kunjung rumah Allah tu. Aku pun tunaikan hajat dia. Entahla Ida....kalau nak cerita, boleh menangis aku dibuatnya. Tapi aku banyak pendamkan dlm hati, aku kena kuat disamping hubby aku yg semakin lemah skg ni. Kalau dua-dua lemah, kesian Adam.....kan? doakan hubby aku sihat semula yee....
Fri 29-Jun-2007 01:46
Posted by:unnamed
hi anna, aku doakan semoga selamat semuanya..dan InsyaAllah, dipermudahkan urusan umrah sekeluarga.. adam, u r so lucky, your mum ni really kuat semangat! semoga sentiasa berada didalam rahmatNYA. Thu 5-Jul-2007 15:56
Posted by:huzadia  - [Link]
View all 5 comments Add comment


Wednesday, 27-Jun-2007 06:47 Email | Share | | Bookmark
Hobby Adam...

 


Quote:
Adam memang suka bawak kete. Kalau ayah kuar kete kejap nak pegi kedai, mulalah dia ambik tempat ayah. Pastu godek2 lampu signal...lampu....hon...dsb...Pernah sekali tertinggal dia sorang diri dalam kete pastu dia pegi tekan auto lock. Fuhh......panik kejap la mama masa tu...pastu suruh dia unlock balik dia tak nak! Hishhh!!!!!!!!!barannn jek kan...kita dok mikirkan keselamatan dia..dia bleh tak NAK! Nasib baik ayah dpt idea..umpan dengan air soya..dia pun bukak la pastu. Tapiii...pastu kenalah berdas-das pukulan dari ayah....Untuk Pengajarann buat Adammm...so next time dia tak buat lagik camtu....Serik ke dia?? Entahla....budak-budak mana makan saman...

Care to comment?


Tuesday, 26-Jun-2007 04:07 Email | Share | | Bookmark
Baldi Boy....

 
Hehe...actually gambo ni senset sket. Tapi suka tengok dia posing baik tu. Amik masa tengah mandi. Si Adam ni suka mandi lama ngalahkan anak dara. Sebabnya dia suka main air.. Puasla mama dok terjerit terpekik nak suruh dia sudah, tapi dia tak mo gak. Sampaila satu hari tu..mama biarkan jek dia mandi sorang-sorang, pastu mama dok intai dia buat apa. Tengok-tengok....adusssssssss anakku.. Patutla senyap jek dari tadi.

Lantak la nak buat apa pun janji senyap. Selalunya mama biarkan jek dia mandi sorang-sorang (tapi makesure takde apa-apa yang boleh dijangka membahayakan la kat dalam toilet tu). Pesan kat dia, kalau dah sudah nanti, panggil mama ok? Then, dia tau la bila dia dah puas mandi, dia panggil then terus pakai baju. Senang, sambil dia mandi tu. bleh gak mama buat keje lain (masak ke..kemas umah ke), kalau nak tunggu dia alamatnya tak buat keje lain.


hi anna....lama sungguh tak jenguk ur fp Buzy ker????Mak ooiii adam suker main air smp siap msuk dlm baldi tuuu Dah besar dia skrg.So anna biler nak plan 2nd pulak???Anna senang2 dtgla umah akak kat semenyih kan dekat ngan ur hse.Anna ada ym tak kat off klau ada on-linela add akak.Mine: nuryz78.Oh ya anna ada no fon Izlyn tak???lame betul tak jumpa dia Tue 26-Jun-2007 06:45
Posted by:Balqis~~Auntie Nury nuryz78@yahoo.com  - [Link]
Add comment


Monday, 25-Jun-2007 05:57 Email | Share | | Bookmark
Remp-It

test power jap
best gak...agak2 mama nampak tak ni?
bawak lori lagik selamat daaa...
View all 4 photos...



Assalamualaikum semua....

Hehe....lama sungguh saya tak update fp ni kerana kesibukan masa. Dalam entry yang lepas, ada saya tuliskan yang saya bertukar department. So, inilah hasilnya. Kesibukan masa yang amat hinggakan terasa perlunya internet di rumah. Maklumlah dah jadi minah IT saya sekarang (padahal b/ground engine) Heehehe...Serious bz...tapi setiap hari (waktu rehat) mesti saya luangkan masa melawat fp kawan-kawan semua (habis satu-satu saya bukak) untuk mengetahui perkembangan terkini semua rakan-rakan. Tahniah saya ucapkan utk kawan SHAH Pekan saya yang baru menimang cahaya mata kedua iaitu Atie......Thanx juga buat kawan-kawan yang melawat fp saya....minta maaf banyak-banyak sebab tak dapat nak reply message semua. Tak sempat sangat-sangat....

Perkembangan terbaru Adam...dia dah beso dah, dah bujang. Cakap dah petah sekarang. Dah boleh di suruh (itu yang best) siap suruh angkat baju lagik. Dah pandai cakap "mama gemuk" Nantila..lagik sikit lagi saya akan postkan gambar terbaru dia. Yang ni kira baru juga. Perkembangan terbaru ayah, dah beransur pulih sakit kansernya. Cuma effect dari ubat kemo masih belum pulih sepenuhnya. Badan makin kurus, minggu lepas dapat tau kena ulser perut pulak. Saya mengharapkan kawan-kawan dapat mendoakan kesihatan yang baik untuk suami saya. Saya dalam proses menguruskan pemergian kami untuk menunaikan umrah, InsyaAllah pada bulan hadapan. Doakan semoga dia sembuh dari penyakitnya ye...Amin..

Sebelum pergi nanti, saya akan cuba uploadkan gambar terbaru kami bertiga. Tunggu ya.


ana, nak gi umrah bulan depan? bestnya. aku doakan yang terbaik untuk ko satu family. Doakan aku sihat sejahtera dan baik juga ya ...di sana nanti Mon 25-Jun-2007 13:55
Posted by:noraidah ismail  - [Link]
Salam ana, how's Shahir? Kami sekeluarga doakan agar Shahir sembuh cepat...
Alhamdulillah, ana n shahir nak buat umrah yea...Semoga semuanyer selamat, Insya-Allah..
Take care ana..
Tue 26-Jun-2007 09:59
Posted by:wawa/mummy Iman  - [Link]
Assalamualaikum....

Hai...salam perkenalan.....pertama sekali takziah atas pemergian suami yang tercinta... kita doakan saudari tabah menghadapi dugaan Allah....Sesungguhnya kematian itu pasti...dan setiap yang bernyawa akan melaluinya...

Semoga rohnya ditempatkan bersama-sama orang yang beriman...
Thu 9-Aug-2007 03:10
Posted by:TumarawatiManshor tumarawati_manshor@yahoo.com
Add comment


Friday, 4-May-2007 08:44 Email | Share | | Bookmark

 

Hi anna..lame tak jgk fp anna ur son adam dah besarla.....so chubby so biler nak ada yg secong pulak...hehehehe Mon 4-Jun-2007 06:05
Posted by:MoMMy Balqis~~Auntie Nury nuryz78@yahoo.com  - [Link]
hye jom shopping kid's wear
kat http://pickadress.fotopages.com
Fri 15-Jun-2007 14:47
Posted by:PickADress  - [Link]
hmmm.... aritu p kl xsempat nak jumpa adam ngan mama... mommy rindu sgt kat mama adam.... nak jumpa sangat tp mase x mengizinkan.... insyallah nanti ade mase kita jumper... klu adam visit kuantan jgn lupe umah mommy yer... Fri 22-Jun-2007 04:46
Posted by:Wahida aka mommyada  - [Link]
View all 8 comments Add comment


Friday, 9-Mar-2007 02:32 Email | Share | | Bookmark
so cheekyyy....

naik kete masuk coin kat Warta
Mama belikan Adam menan
Peace....
View all 6 photos...
Nak tau tak favourite Adam lani? Kalau amik gambar dia mesti nak buat peaceeeee.........tu trade mark baru Adam le tu. Sampaikan Mama pun terikut-ikut gaks. ehe...Anyway bila dia buat cenggitu, cheeky sangat di pandangan mata Mama. Minggu lepas dia sakit lidah, ada mata ikan. Masa tu, minum susu kurang, makan pun kurang. Terus susut badan dia, ringan plak bila Mama dukung. Minggu ni dah baik dah, minum susu ok, makan pun berselera. Pastu malam tadi Mama adala dukung dia, mak aiiii....berat balik dah. Actually Adam ni bam bam sket saiz dia compare to other kids yang sebaya dengan dia. Tu yang semputtt bila dukung dia. Tapi, dia ngengada sekarang ni, asyik nak mintak dukung jek saje nak dera Mama kan Adam....?

Sekarang ni dia makin petah bercakap. Ada jek words dia nak sebut. Kalau menyanyi...."Aku...ada...kerna kau pun ada....." (lagu Indon..tak ingat plak sape nyanyi..Samson kot!) Haiii........pantang dengar lagu. Macam-macam la..especially lagu Indon..yela..lagu Indon kan sesedap sekarang ni....sampai Mama pun naik syok dengar lagu Indon sekarang. Memang sedap! Lagu satu sebab words dia simple kot..tu yang budak mudah ikut....hehe

Sekarang Adam dah pandai tido malam dalam bilik sendiri sorang-sorang. Kalau dulu...dia suka tido depan Tv sebab nanti tengah-tengah malam dia akan bangun pastu ON kan Tv tu. Suka tengok katun...ada la dalam 3 kali satu malam. Mama pun terpaksa tido sama depan Tv tule. Last-last Mama rasa takleh macam ni gamaknya, kena trained dia gak ni. Kalau omputih boleh trained anak diorg tido bilik sendiri nape Mama takleh plak kan. Pastu..Mama belikan dia tilam angin, cat bilik dia lawa-lawa, letak glow in the dark......dia excited dan suka dengan keadaan bilik baru dia. Now, every night...dalam kul 9.30, bukak cite Bear in the Big Blue House (favourite dia) bagi susu panas, tak sampai setengah cite, dia dah tido sendiri depan Tv tu. Then, Mama pun angkat dia masuk dalam bilik dia. Malam-malam kami tido dalam bilik kami macam biasa, dia tido sorang-sorang dalam bilik dia. Dengan syarat pintu bilik kami dan dia terbuka. Senang nak monitor. Sekarang, dia akan tido lena sampai pagi dan takde dah malam-malam bangun mintak susu. Now, Mama n ayah totally dapat tido dengan amannnnn....... Alhamdulillah........

Saja cite experience sebab dah 2 tahun baru buat cenggini, mungkin orang lain lama dah buat, kami baru discover benda ni. Sebelum ni rasa kesian plak nak tinggalkan dia sesorang dalam bilik. Heheheehe.................




peace adammmm!! wah, kok suka lagu indon gitu ..best2! hik2,ana lagu apa yg tgh hit now kat msia? aku dulu pun minat gakss..hehe, para suami sure bengang kan!! Thu 22-Mar-2007 13:52
Posted by:huzadia  - [Link]
wow...seronoknye tgk ana and family....adam tu sooo...cheeky and sooo...montel...geram le...mcm nk picit2 je badan die tu...bile nk dtg bangi lagi ni? singgah le rumah kayyy....eh...shahir pun nampak berisi dah ek....alhamdulillah...he looks better.... Sat 24-Mar-2007 04:15
Posted by:nanie  - [Link]
Semangat nya adam nih!! Lasak2 pun badan maintain ye!! Mama nya kecik molek jer Wed 25-Apr-2007 04:46
Posted by:Aunt. Bayah  - [Link]
View all 5 comments Add comment


[<<  <  1  [2]  3  4  5  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.